Pembentangan kali ini perlu menunjukkan segala penambahbaikan kandungan kertas saranan yang telah dibentangkan pada minggu lepas. Pada sesi yang lepas juga, selepas tamat pembentangan, penyelia ada menyuruh para pelajar untuk menambah dua elemen lagi ke dalam kertas saranan kami iaitu skop dan methodology.
Berikut adalah pembetulan yang saya lakukan pada objektif projek saya:
- Untuk mengkaji aplikasi web dan teknologi.
- Untuk menganalisa keperluan, alatan dan teknik, serta data keselamatan aplikasi web.
- Untuk mereka bentuk sistem yang dapat mengimbas kod sumber Java untuk mengesan bugs dan yang berkaitan, dan memberikan maklumat mengenainya.
- Untuk melaksanakan Yasca command line tools dan membangunkan pengimbas atas talian yang dapat memaparkan laporan yang dikeluarkan oleh Yasca tools.
- Untuk menguji fungsi sistem.
Skop projek saya ini adalah tertumpu kepada bahasa pengaturcaraan Java sahaja, di mana sistem ini hanya akan mengimbas kod sumber Java sahaja, dan pengguna sistem ini spesifik kepada pembangun sistem.
Bagi methodology pula, saya memilih Waterfall untuk melaksanakan projek ini. Berikut adalah penerangan mengenai fasa-fasa yang terlibat di dalam methodolgy ini:
1) Perangkaan
- mengenalpasti keperluan projek.
- mengenalpasti jadual projek serta milestones bagi pembangunan projek.
- mengenalpasti alatan dan teknik yang akan digunakan.
2) Analisis
- menyatakan keperluan dengan lebih jelas dan terperinci.
- sorotan kajian, mengkaji sistem atau aplikasi yang berkaitan.
3) Rekabentuk
- menyatakan algoritma untuk kod yang akan ditulis.
- mereka bentuk senibina projek: antaramuka, pangkalan data, kod.
4) Perlaksanaan
- melaksanakan Yasca command line tools.
- program ditulis berdasarkan algoritma yang ditulis dalam fasa rekabentuk.
5) Pengujian
- Kod yang ditulis diuji bagi mendapatkan output seperti yang dikehendaki.