Pembentangan kali ini perlu menunjukkan segala penambahbaikan kandungan kertas saranan yang telah dibentangkan pada minggu lepas. Pada sesi yang lepas juga, selepas tamat pembentangan, penyelia ada menyuruh para pelajar untuk menambah dua elemen lagi ke dalam kertas saranan kami iaitu skop dan methodology.
Berikut adalah pembetulan yang saya lakukan pada objektif projek saya:
- Untuk mengkaji aplikasi web dan teknologi.
- Untuk menganalisa keperluan, alatan dan teknik, serta data keselamatan aplikasi web.
- Untuk mereka bentuk sistem yang dapat mengimbas kod sumber Java untuk mengesan bugs dan yang berkaitan, dan memberikan maklumat mengenainya.
- Untuk melaksanakan Yasca command line tools dan membangunkan pengimbas atas talian yang dapat memaparkan laporan yang dikeluarkan oleh Yasca tools.
- Untuk menguji fungsi sistem.
Saya juga telah meletakkan beberapa statistik dalam ruangan pengenalan, antaranya adalah statistik yang saya perolehi melalui laman web http://projects.webappsec.org/w/page/13246989/Web%20Application%20Security%20Statistics yang memaparkan statistik kelemahan pada aplikasi web di Malaysia.
Skop projek saya ini adalah tertumpu kepada bahasa pengaturcaraan Java sahaja, di mana sistem ini hanya akan mengimbas kod sumber Java sahaja, dan pengguna sistem ini spesifik kepada pembangun sistem.
Bagi methodology pula, saya memilih Waterfall untuk melaksanakan projek ini. Berikut adalah penerangan mengenai fasa-fasa yang terlibat di dalam methodolgy ini:
1) Perangkaan
- mengenalpasti keperluan projek.
- mengenalpasti jadual projek serta milestones bagi pembangunan projek.
- mengenalpasti alatan dan teknik yang akan digunakan.
2) Analisis
- menyatakan keperluan dengan lebih jelas dan terperinci.
- sorotan kajian, mengkaji sistem atau aplikasi yang berkaitan.
3) Rekabentuk
- menyatakan algoritma untuk kod yang akan ditulis.
- mereka bentuk senibina projek: antaramuka, pangkalan data, kod.
4) Perlaksanaan
- melaksanakan Yasca command line tools.
- program ditulis berdasarkan algoritma yang ditulis dalam fasa rekabentuk.
5) Pengujian
- Kod yang ditulis diuji bagi mendapatkan output seperti yang dikehendaki.
Pada sesi yang lepas, saya ditegur mengenai rajah carta Gantt dan kes guna yang hanya dibuat menggunakan Microsoft Word, dan juga aktiviti-aktiviti di dalam carta Gantt tidak dijelaskan dengan lebih terperinci. Berikut adalah penambahbaikan yang saya lakukan pada carta Gantt:
![]() |
| Rajah 3. carta Gantt |
Saya juga telah melakukan penambahbaikan terhadap kes guna. Kali ini, kes guna saya lebih jelas di mana terdapat dua actor dalam sistem ini iaitu, pengguna dan admin.
![]() |
| Rajah 4. kes guna pengguna |
![]() |
| Rajah 5. kes guna Admin |
Walaubagaimanapun, kes guna ini perlu dilakukan beberapa penambahan lagi dari segi modulnya. Manakala carta Gantt perlu ada sesi Start dan End. Saya juga perlu menyatakan milestones projek.



No comments:
Post a Comment