Pembentangan pertama telah diadakan pada 6 Oktober 2011 lepas di Bilik Perbincangan Kumpulan Kecil. Pembentangan ini bertujuan untuk menunjukkan hasil kajian awal para pelajar. Seperti yang diminta oleh penyelia, kandungan pembentangan tajuk saya merangkumi:
- Objektif projek
- Pengenalan projek
- Literature review
- Jadual projek
- Rajah kes guna
Dari kajian dan pembacaan saya, terdapat beberapa objektif yang dapat disenaraikan bagi projek ini, iaitu:
- Untuk mengkaji Yasca command line tools.
- Untuk mereka bentuk sistem yang dapat mengimbas kod sumber bagi mengesan kelemahan atau bugs pada aplikasi.
- Untuk membangunkan pengimbas atas talian yang dapat memaparkan laporan yang dikeluarkan oleh Yasca tools.
Bagi literature review atau sorotan kajian pula, saya telah melayari laman web yang telah diberikan iaitu http://www.scovetta.com/yasca.html. Perolehan yang saya dapat melalui laman web ini adalah Yasca boleh mengimbas kod sumber yang ditulis dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan, antaranya adalah Java, C/C++, HTML, JavaScript, ASP, PHP, COBOL, ColdFusion, serta banyak lagi. Senibina Yasca pula adalah berdasarkan major dan minor plug-ins, di mana Yasca perlu diintegrasikan bersama dengan tools seperti PMD, FindBugs, JLint, Javascript Lint, PHPLint, CppCheck, ClamAV, RATS, dan Pixy.
Berikut adalah carta Gantt dan kes guna yang saya sediakan. Bagi kes guna, saya masih belum jelas mengenai interaksi pengguna dan modulnya.
![]() |
| Rajah 1. carta Gantt |
![]() |
| Rajah 2. Kes guna |
Hasil daripada pembentangan semua pelajar, saya dan rakan-rakan mendapat beberapa input yang berguna iaitu, objektif yang dinyatakan kurang menepati ciri-ciri yang sepatutnya. Seperti yang diterangkan oleh penyelia, objektif sesuatu projek perlu mengandungi kata kunci yang berikut:
- Untuk mengkaji ...
- Untuk menganalisa ...
- Untuk mereka bentuk ...
- Untuk melaksanakan dan membangunkan ...
- Untuk menguji ...
Segala pembetulan perlu dibentangkan pada sesi pembentangan minggu hadapan.


No comments:
Post a Comment