Pada 22 September 2011 yang lepas, saya dan rakan-rakan di bawah seliaan En. Fakhrul Adli telah bertemu dengan beliau bagi membincangkan tajuk untuk PITA 1 (Projek Ilmiah Tahun Akhir 1). Masing-masing telah diberikan tajuk oleh beliau. Pada awalnya, saya ingin mencadangkan tajuk projek saya sendiri, tetapi tajuk yang saya cadangkan, iaitu Sistem Pengurusan Kumon dikhuatiri telah pun dilaksanakan oleh senior sebelum ini.
Maka, saya memilih tajuk yang diberi oleh En. Fakhrul iaitu 'Online Source Code Vulnerability Scanner'. Projek atau sistem ini adalah untuk mengesan sebarang bugs pada kod sumber, dan mengelakkan sesuatu aplikasi itu terjejas. Pada awalnya, saya masih belum dapat memahami secara mendalam mengenai tajuk ini. Oleh itu, En. Fakhrul menyarankan saya untuk mengkaji Yasca command line tools terlebih dahulu bagi peringkat awal.
Berikut adalah sedikit sebanyak keperluan asas bagi pembangunan projek ini:
- projek ini akan menggunakan Yasca command line tools. (http://www.scovetta.com/yasca.html)
- saya perlu membangunkan pengimbas atas talian yang boleh memaparkan laporan yang dikeluarkan oleh Yasca tools.
- sistem ini juga akan menyediakan kemudahan untuk mendapatkan keputusan untuk kegunaan seterusnya seperti pengauditan kod sumber.
Very informative blog post... This post share how source code vulnerability scanner work and its importance. Thanks for sharing
ReplyDelete